Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kementerian Dalam Negeri menjanjikan siasatan terperinci berhubung laporan akhbar mengenai dua wanita warga Singapura yang mendakwa mereka dibogelkan dan diarah melakukan ketuk ketampi ketika ditahan Jabatan Imigresen awal minggu ini.

NONE Menterinya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata satu inkuiri akan diadakan bagi memastikan ketelusan terhadap siasatan dijalankan, yang akan turut melibatkan pihak ketiga selain Jabatan Imigresen.

"Apapun jua, kami perlu menyiasat sehingga ke punca masalah itu. Adalah salah untuk mengatakan Jabatan Imigresen menjadi barisan hadapan, kerana ia tidak. Saya bercakap mengenai isu ini di Dewan Rakyat hari ini. Ia membabitkan pusat tahanan.

"Saya kata ia bukan hanya inkuiri dalaman, apa jua inkuiri yang dilakukan saya mahu pihak ketiga terlibat, pihak penjara dan pihak polis, setelah itu kita akan mencari punca insiden itu," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

singapore customs nude squat 130611 Hishamuddin berkata bukan amalan lazim atau prosedur operasi standard (SOP) bagi pegawai imigresen mengarahkan mereka yang disyaki sebagai pendatang asing untuk melakukan ketuk ketampi dalam keadaan berbogel.

"Banyak tindakan Imigresen bersandarkan SOP, kalau SOP itu tidak memenuhi keperluan sekarang ia boleh diubah, tapi kalau ia diubah perlulah bersandarkan pada siasatan yang bukan hanya pihak dalaman Imigresen tapi pihak ketiga juga," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan menghurai lanjut dan berkata adalah lebih baik menunggu keputusan siasatan yang diarahkannya itu.

[Baca berita penuh]

ADS