Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelbagai kaum puasa untuk reformasi p'raya
Diterbitkan:  Aug 15, 2011 1:59 PM
Dikemaskini: 6:04 AM

Sebuah kumpulan anak muda pasca-BERSIH 2.0 - Generasi 709 - melancarkan kempen puasa pelbagai kaum dan agama antaranya bagi memastikan tuntutan berterusan terhadap reformasi sistem pilihan raya.

generation 709 220711 lee khai lun Menurut kordinatornya Lee Khai Loon ( kiri ) dan Chua Wei Kiat, program yang dinamakan “Berpuasa Demi Demokrasi dan Keadilan” itu akan diadakan pada 19 Ogos (Jumaat) ini.

"Mari kita bersama menghayati kelaparan dan rendah diri, bersatu-padu menunjuk kuasa rakyat untuk demokrasi negara kita pada bulan puasa Ramadan yang bermakna ini," kata mereka.

Dalam kenyataan bersamanya hari ini, Lee dan Chua berkata, Generasi 707 turut mahukan sistem kehakiman bebas dan adil serta menuntut dihentikan "penindasan" terhadap perbezaan fikiran politik.

Mereka juga mahukan "punca sebenar" kematian kontroversi sebelum ini - antaranya Ahmad Sarbaini Mohamed, Baharudin Ahmad dan A Kugan Ananthan - dikenalpasti dan pihak bertanggungjawan dihukum.

Generasi 709 berkata, penganjuran porgram itu diharapkan membolehkan orang ramai menghayati kepentingan berpuasa "untuk memperkukuhkan sistem demokrasi tulen" di Malaysia.

ADS