Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Meskipun terdapat konotasi negatif yang menyelubungi Datin Seri Rosmah Mansor, namun pusat bancian Merdeka Center percaya, ‘Wanita Pertama’ itu tidak semestinya menjadi liabiliti kepada suaminya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, seperti anggapan ramai.

NONE "Pelbagai perkara dan tohmahan dilemparkan ke atas Rosmah. Media arus perdana menggambarkannya sebagai orang yang sangat penyayang, prihatin, dan sering diberi liputan yang meluas,” kata pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian.

"(Tetapi) media yang tidak memihak kepada kerajaan menggambarkannya sebagai orang yang sangat negatif."

Sama ada imej negatif itu akan mempengaruhi atau mengheret kerjaya politik suaminya akan bergantung kepada liputan media, kata Ibrahim.

"Bergantung berita mana yang sampai kepada pengundi,” katanya sambil menambah bahawa liputan media tradisional jauh lebih luas daripada media baru.

NONE Ibrahim bagaimanapun mengakui bahawa telatah atau gelagat orang-orang yang rapat dengan pemimpin yang boleh membawa kepada kejatuhan individu berkenaan.

Sebagai contoh, katanya, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menerima reaksi yang amat positif daripada rakyat apabila beliau mengambil alih jawatan.

"Tetapi menjelang akhir, serangan politik kepada orang-orang yang di sekelilingnya, kakitangan 'tingkat empat' dan sebagainya, semakin mendapat menjadi-jadi.”

[Baca berita penuh]

ADS