Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pagi: Trafik lancar
Diterbitkan:  Aug 27, 2011 9:55 AM
Dikemaskini: 5:15 AM

Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan bergerak lancar walaupun terdapat beberapa laluan bergerak perlahan ekoran jumlah kenderaan yang semakin meningkat berbanding semalam.

Menurut petugas di Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus), terdapat beberapa laluan dilaporkan bergerak perlahan iaitu di antara Slim River menghala ke Sungkai, Perak serta dari Plaza Tol Juru, Pulau Pinang ke Utara.

Selain dari laluan Rawang menuju ke Bukit Beruntung, Selangor katanya hari ini.

Beliau juga berkata jumlah kenderaan semakin bertambah sejak subuh tadi.

“Walaupun trafik bergerak perlahan di beberapa laluan namun keadaan trafik masih lagi terkawal ketika ini,” katanya.

Sementara itu menurut twitter Plus Trafik, terdapat beberapa kemalangan di beberapa laluan yang turut menyebabkan trafik bergerak perlahan.

Antaranya kemalangan di KM 154.9 arah utara dari Bukit Tambun ke Juru pada pukul 9.18 pagi, dan kemalangan di KM 445 arah utara dari Rawang Selatan ke Rawang pada pukul 9.02 pagi.

Bagaimanapun tiada lorong ditutup berikutan kemalangan tersebut.

- Bernama

ADS