Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Semua 15 kematian babitkan motorsikal
Diterbitkan:  Aug 31, 2011 5:37 PM
Dikemaskini: 10:58 AM

Sejumlah 15 kematian akibat kemalangan jalan raya dicatatkan pada hari kelapan Ops Sikap-24, berbanding 17 kematian pada hari ketujuh Isnin lalu.

Menurut jurucakap trafik Bukit Aman, semua kemalangan maut jalan raya semalam yang mencatatkan 15 kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

“Jadi tiada rekod yang dicatatkan bagi lain-lain jenis kenderaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

“Jumlah kemalangan di seluruh negara pada hari kelapan semalam adalah sebanyak 980 kes,” katanya.

Sebanyak 4,291 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam operasi semalam menjadikan jumlah keseluruhan saman Ops Sikap-24 kepada 14,445.

 - Bernama

ADS