Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelobi anti-Lynas mahu penyelesaian di peti undi
Diterbitkan:  Sep 1, 2011 10:58 PM
Dikemaskini: 3:03 PM

Sebuah pergerakan yang menentang pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi Lynas menggesa rakyat Pahang supaya berdaftar sebagai pengundi dan meluahkan rasa tidak puas hati dan bantahan melalui peti undi.

NONE Kumpulan pelobi ‘Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL), dalam satu kenyataan sempena sambutan Hari Kemerdekaan berkata semangat kemerdekaan tidak sepatutnya terhad dengan mengusir penjajah dari negara ini.

"Tidak bermakna perkataan Merdeka itu sekiranya rakyat tidak dibenarkan menentukan nasib mereka, sebaliknya (ditentukan) oleh syarikat-syarikat asing.

"Mereka tidak boleh membuat keputusan bagi pihak penduduk yang menetap di situ sejak turun-temurun. Begitu juga birokrat dan ahli politik yang duduk nun jauh, " kata pengerusi SMSL, Tan Bun Teet dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya, penduduk terutamanya sekitar Kuantan hingga Kemaman yang paling terjejas  dengan pembinaan loji tersebut harus diberi kata pemutus atau muktamad berhubung projek berkenaan.

NONE Sehubungan itu, Tan menggesa mereka yang layak mengundi supaya berdaftar bagi meluahkan hasrat dan aspirasi mereka untuk hidup dalam persekitaran yang sihat dan bebas pencemaran.

Katanya, SMSL berpendapat loji itu nanti akan memberi kesan ke atas sektor pelancongan, sarang burung layang-layang, perikanan, perhotelan, makanan dan pelaburan di Kuantan dan Kemaman akibat pembuangan sisa radioaktif dan pencemaran.

[Baca berita penuh]

ADS