Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siasatan kes hasutan PSM, 9 diminta beri keterangan

Siasatan polis mengenai kes hasutan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih berterusan dengan sembilan daripada ahlinya dipanggil untuk tampil memberikan kenyataan polis sekali lagi.

Mereka yang diminta berbuat demikian, termasuk lima daripada enam ahli yang baru-baru ini dibebaskan daripada Ordinan Darurat (EO). Mereka dikehendaki merakamkan kenyataan di ibu pejabat polis daerah Arau, Perlis, Isnin depan.

Bercakap pada sidang akhbar bersama di ibu pejabat PSM di Kuala Lumpur hari ini, setiausaha agung PSM S Arulchelvan, ahli parlimen Sungai Siput Dr M Jeyakumar dan peguam N Surendran berkata tindakan polis sebagai satu bentuk gangguan.

NONE "Semua individu ini telah dipanggil untuk disoal siasat, mereka pernah ditahan dan disoal mengenai isu yang sama. Jika anda menyoal mereka sekali lagi, ini adalah penyalahgunaan kuasa dan satu bentuk gangguan oleh pihak polis.

"Ini membimbangkan, kita lihat selepas ditangkap, mereka dikenakan tahanan reman dan kemudian dikurung mengikut Ordinan Darurat. Kini, mereka memasuki fasa kedua mendakwa PSM6 dan beberapa yang lain," kata Surendran.

Surendran (kiri) yang juga adalah naib presiden PKR mewakili kesembilan-sembilan ahli PSM itu.

Lima daripada PSM6 itu adalah Jeyakumar, M Sukumaran, P Letchumanan, Choo Chon Kai dan R Saraibabu.

Empat anggota lain PSM itu adalah MC Subramane, P Indra, S Thivyakumar dan M Ravindran. Mereka antara ahli PSM yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua pada 25 Jun lalu.

NONE Menurut PSM, siasatan pihak berkuasa itu tidak wajar  kerana parti itu percaya ia berkaitan dengan risalah kempen "Udahlah tu, Bersaralah"di mana kesembilan-sembilan mereka telah didakwa di mahkamah.

Risalah itu memperincikan kesan negatif sekiranya BN terus berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.

[Baca berita penuh]

ADS