Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

S ebuah NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat menghantar surat memohon menghadap kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berhubung siaran sebuah blog yang menghina Islam.

pkr congress 271110 fariz musa Koordinator JINGGA 13 Fariz Musa yang diiringi 20 penyokong hadir ke Istana Negara pagi tadi bagi menyembahkan permohonan berhubung blog makcikhajjahsittalwuzara.wordpress itu.

Dalam surat itu, Fariz ( kiri ) menyifatkan penyiaran artikel dalam blog itu biadap dan kurang ajar kerana "menghina, mencerca, memaki Allah, Rasullah SAW dan memesongkan f akta terhadap Islam"

Fariz yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berkata, tindakan blog itu benar-benar keterlaluan, melampau dan mencabar sensitiviti umat Islam".

Beliau juga mendakwa tiada tindakan tegas menteri bertanggungjawab dan agensi kerajaan seperti Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan polis walaupun banyak aduan dibuat.

Katanya, JINGGA 13 memohon mengadap Seri Paduka untuk memberi penjelasan dan memohon campurtangan baginda berhubung isu ini memandangkan "ia sudah semakin parah dan keterlaluan tanpa sebarang tindakan".

NONE "Patik, hamba rakyat memohon agar DYMM Yang di-Pertuan Agong mengambil tindakan yang sewajarnya demi menyelamatkan akidah umat Islam, mengangkat maruah dan kesucian Islam yang merupakan agama rasmi negara," kata Fariz dalam surat itu.

Sementara itu, dalam kenyataan medianya, Fariz mempertikai tindakan ketua pengarah Jajim yang didakwa enggan menerima memorandum mereka berhubung perkara itu yang dihantar pada 8 September lalu dengan alasan tidak mempunyai kuasa berkaitan.

"Sedangkan menjadi objektif utama penubuhan Jakim oleh Raja-raja Melayu ialah untukmenjaga kesucian agama Islam," katanya.

VIDEO | 8.41 minit

ADS