Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sekumpulan ahli majlis, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini tampil menafikan sekeras-kerasnya laporan akhbar berbahasa Inggeris, The Star semalam yang mendakwa mereka memboikot mesyuarat bulanan majlis itu pada 24 Ogos lalu.

Malah, mereka juga menafikan tuduhan bahawa tindakan berkenaan diambil kerana kecewa dengan keputusan Datuk Bandar Mohd Jaafar Mohd Atan kerana tidak memberikan kerja-kerja penyelenggaraan kepada mereka atau rakan kroni lain.

councillors from shah alam city council (MBSA), the star "Apabila bilangan ahli majlis yang hadir mesyuarat penuh tidak ramai, itu tidak membawa erti yang kita memboikot mesyuarat.

"Dalam mesyuarat-mesyuarat sebelum ini pun kita tidak akan pernah 100 peratus kehadiran.

"Kebetulan pada tarikh yang dimaksudkan, ramai yang bercuti membuat persiapan hari raya, komitmen kerja dan ada yang keluar negara sama ada mengerjakan umrah mahupun demi tugas," kata ketua whip ahli MBSA Kamarulzaman Sanusi.

Bercakap dalam satu sidang media, Kamarulzaman berkata untuk rekod, pihaknya turut "memaksa" beberapa ahli majlis - agar membatalkan cuti mereka dan hadir ke mesyuarat tersebut bagi menjamin supaya mesyuarat dapat diteruskan.

Musuh politik

Kamarulzaman berkata beliau percaya perkara itu berlaku disebabkan "kemungkinan adanya berlaku salah faham serta salah maklumat pemberi maklumat".

"Niat serta tujuan pemberi maklumat tersebut berbuat demikian juga kami tidak ketahui.

Kamarulzaman Sanusi, councillor - shah alam city council (MBSA) "Kemungkinan ia datangnya daripada mereka yang sering menyertai proses undian, tetapi tetap gagal ataupun cetusan dari musuh politik kami yang ingin menggugat perjalanan MBSA serta hubungan akrab antara ahli majlis dan Datuk Bandar," katanya.

Sehubungan itu, Kamarulzaman berkata pihaknya cukup terperanjat dengan kenyataan akhbar tersebut, dan mengadakan sidang media bagi "membetulkan persepsi jahat" yang dilontarkan kepada mereka.

Laporan yang disiarkan di Star Metro semalam, mendakwa ahli majlis tidak berpuas hati dengan datuk bandar - yang menggantikan Datuk Mazalan Md Noor pada Mei lalu - kerana tidak melayan permohonan mereka bagi mendapatkan kontrak.

Menurut akhbar milik MCA itu, hampir separuh daripada ahli majlis MBSA tidak hadir pada mesyuarat bulanannya bulan lalu.

mbsa dog dialogue 201205 discussion Menceritakan mengenai kontrak kerja-kerja penyelenggaraan yang dimaksudkan, Kamarulzaman berkata ia dilakukan melalui proses undian.

"Kami percaya Datuk Bandar telah mengambil langkah yang bijaksana dalam mengambil keputusan ke arah melaksanakan proses tersebut.

"Ini membuka ruang kepada sesiapa juga yang layak menyertainya. Jadi tidak timbul isu pilih kasih dan sebagainya," katanya.

Menurutnya lagi, proses undian itu bermula pada Mei 2011 dan ahli majlis turut serta semasa proses tersebut berlangsung.

Kemaruk projek

"Mesyuarat yang disebut dalam laporan sebagai telah diboikot pula berlaku pada bulan Ogos.

"Jika ahli majlis kemaruk projek seperti dilaporkan, mengapa mesti tunggu sehingga empat bulan baru hendak memboikot mesyuarat?

Kamarulzaman Sanusi, councillor - shah alam city council (MBSA) "Ini menguatkan hujah yang tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali," tegas Kamarulzaman.

Sambil menegaskan mereka mempunyai hubungan baik, harmonis dan tiada masalah dengan datuk bandar, mereka percaya pencetus polemik ini datang daripada "mereka yang mungkin cemburu" dengan hubungan baik berkenaan.

"Jika dilihat sebagai ada masalah, itu adalah perkara biasa di dalam mana-mana organisasi dan kita bersikap cukup profesional dalam menyelesaikannya," katanya.

Jumlah ahli yang hadir pada mesyuarat bulanan pada tarikh tersebut adalah seramai 13 daripada 24 orang.

Mesyuarat boleh dijalankan sekiranya mencukupi korum sekurang-kurangnya lapan  orang.

Turut hadir dalam sidang media tersebut, sembilan lagi ahli majlis bandaraya itu antaranya Izham Hashim.

azlan Sementara itu Izham yang juga bendahari PAS Selangor berkata proses pemberian tender bernilai lebih RM500 ribu dan sebut harga bernilai bawah RM500 ribu ditentukan jawatankuasa tender

Manakala bagi pemberian projek bernilai RM25 ribu ke bawah, ia dilakukan melalui proses undi yang mana proses cabutan turut disertai kira-kira 200 kontraktor kelas F dan ahli majlis sendiri.

"Mana kontraktor yang dapat, tidak lagi diberikan dalam tempoh dua atau tiga bulan, supaya memberi peluang kepada (kontarktor) yang lain," katanya.

Katanya proses tersebut telah berjalan banyak kali dan mendapat respon positif daripada kontraktor.

VIDEO | 7.03 min

ADS