Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan himpunan BERSIH diserah pada menteri - IGP
Diterbitkan:  Sep 14, 2011 6:59 PM
Dikemaskini: 11:08 AM

Laporan penuh berkaitan pelbagai tuduhan terhadap polis semasa perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 (BERSIH 2.0) di ibu negara pada 9 Julai lalu telah dikemuka kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

NONE Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan yang dikemukakan itu hasil siasatan yang dilakukan oleh enam jawatankuasa yang dibentuk dan Ismail berkata beliau berpuas hati dengannya.

    

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau kawasan yang dilanda banjir di Perlis hari ini, beliau berkata laporan itu akan dikemukakan oleh Hishammuddin kepada mesyuarat Kabinet.

    

Ditanya sama ada laporan siasatan itu akan diumumkan kepada orang ramai, Ismail berkata ia bergantung kepada keputusan Kabinet kelak.

    

Mengenai kenaikan pangkat anggota-anggota polis di Perlis, beliau berkata sebanyak 52 anggota berpangkat lans koperal telah dinaikkan pangkat kepada koperal secara serta-merta manakala enam orang sarjan mejar dinaikkan pangkat kepada sub inspektor.

Katanya walaupun angka kenaikan pangkat itu kelihatan kecil namun bagi negeri Perlis, kelulusan kenaikan pangkat itu adalah tinggi peratusannya.

NONE Mengenai persediaan polis menghadapi banjir yang melanda Perlis, Ismail berpuas hati dengan tindakan pantas polis Perlis menangani banjir yang melanda negeri ini sejak Ahad lepas namun menurutnya kualiti perkhidmatan masih perlu ditingkatkan.

    

Katanya antara langkah meningkatkan kualiti perkhidmatan itu ialah dengan menambah baik keperluan logistik terutama bot-bot kecil yang boleh digunakan untuk melakukan rondaan semasa banjir.

    

Sebelum itu, beliau mendengar taklimat mengenai banjir di Perlis yang disampaikan Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Perlis DSP Ibrahim Idris dan melawat empangan Timah Tasoh serta beberapa kawasan banjir sekitar Kangar

termasuk pusat pemindahan di surau Kampung Tebing Tinggi.

    

Beliau yang diiringi Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Ghazali Md Amin dan Ketua Polis Perlis SAC Zull Aznam Haron turut menghadap Raja Perlis di Istana Arau.

    

- Bernama

ADS