Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siasatan awal: Botol minyak tanah dipecahkan
Diterbitkan:  Sep 20, 2011 5:13 PM
Dikemaskini: 9:15 AM

Polis sedang menyiasat kes simbah minyak berdekatan pagar masuk rumah Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu di Seksyen 19 di Shah Alam, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata siasatan awal mendapati satu botol minyak tanah telah dipecahkan di hadapan pagar masuk rumah itu sebelum api dinyalakan dengan mancis.

NONE "Kita telah temui mancis dan botol minyak tanah dan sedang mengesan individu yang terbabit," katanya kepada Bernama.  

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan.

Saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan, katanya.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 12.40 pagi tadi dan berjaya dipadamkan oleh jiran, menurut anak kedua Mat Sabu, Nurul Huda, 28, yang berada di rumah itu semasa kejadian.

Beliau berkata semasa kejadian bapanya sedang menghadiri program di Pulau Pinang, sementara ibunya di Perlis menjaga datuk dan neneknya yang tidak sihat.

-- Bernama

ADS