Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hudud: Komponen BN kini berbalah, kata Mat Sabu
Diterbitkan:  Sep 25, 2011 10:48 AM
Dikemaskini: 2:58 AM

Tindakan BN/Umno yang cuba mempolitikkan hukum hudud bagi menyerang PAS ibarat "keris makan tuan" dakwa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

NONE Katanya, sejak berdekad-dekad lamanya, Umno menjaja isu itu untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada PAS tetapi hari ini, parti-parti komponen BN pula yang berbalah mengenai undang-undang Islam itu.

"Sejak berpuluh-puluh tahun terutama selepas PAS kembali memerintah Kelantan pada tahun 1990, Umno mempermain-mainkan isu hudud untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada PAS.

"Tiba-tiba hari ini, Umno yang ditolak oleh majoriti pengundi bukan Islam.

"Lebih buruk lagi, parti-parti di dalam BN pula berbalah sesama sendiri kerana hudud," katanya dipetik Harakahdaily .

Menurut Mohamad, pemimpin tertinggi Umno tersilap langkah dengan mempolitikan isu itu kerana berpendapat isu hudud boleh menguatkan kembali perpaduan BN.

azlan "Tiba-tiba keris makan tuan apabila MCA dan Gerakan mengugut mahu keluar BN kerana isu hudud," katanya.

Jumaat lalu, MCA mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu.

Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya.

Keluar BN

Katanya, beliau memahami bahawa sebagai orang Islam, orang Melayu dalam Umno mesti menerima hudud tetapi beliau menghargai hakikat bahawa tiada pemimpin Umno yang mendesak pelaksanaannya, tidak seperti PAS yang mahu berbuat demikian.

azlan "Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," kata Chua ( kanan ) dengan tegas.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu menolak usaha melaksanakan hudud atau mana-mana undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan.

"Kita bukan negara Islam tetapi negara dengan majoriti umat Islam dan minoriti bukan Islam yang ketara.

"Struktur asas perlembagaan kita mengekalkan kepelbagaian ini dan ia menunjukkan kenapa undang-undang sekular digunapakai terhadap semua orang.

NONE "Kita tidak boleh ada set undang-undang berbeza untuk setiap seksyen masyarakat," katanya.

Chang ( kiri ) juga berkata, kerjasama politik Gerakan dengan Umno tidak dapat dipertahankan dan mungkin berakhir jika hasrat melaksanakan hudud diteruskan.

Bagi Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, isu hudud membuktikan Umno tidak pernah belajar dari sejarah.

Katanya, PAS tidaklah terdesak untuk menggunakan isu hudud dengan harapan isu interpretasinya terhadap sejarah akan tenggelam ketika Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri.

Berbalah sendiri

"Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri kerana tindakan mendakwa saya.

NONE "Bukan setakat kenyataan kenyataan naib presiden MCA sahaja yang memberikan gambaran kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tidak cerdik kerana pendakwaan tersebut, malah beberapa tokoh Umno sendiri menemui dan menghubungi saya secara peribadi menyatakan rasa tidak setuju terhadap serangan-serangan seperti histeria semata-mata kerana interpretasi sejarah," katanya lagi.

Semalam, naib presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, tindakan mendakwa Mohamad boleh memberi negatif tanggapan terhadap kerajaan.

Gan juga berkata, langkah itu juga membolehkan pembangkang mempersendakan ikrar pembaharuan Hari Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam sebelumnya, terutamanya pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Timbalan menteri belia dan sukan itu juga berkata beliau hairan bahawa keputusan dibuat untuk mendakwa Sabu Mat dan bukannya berdialog.

azlan "Walaupun saya tidak bersetuju dengan perspektif sejarah Mohamad Sabu, tetapi saya turut hairan dengan keputusan untuk mendakwa timbalan presiden PAS itu atas fitnah jenayah di bawah Kanun Keseksaan.

"Dengan berbuat demikian ia hanya menarik simpati terhadap beliau dan Pakatan Rakyat," kata Gan.

ADS