Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ahli akademik kanan negara hari ini berkata, undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak harus meniru amalan undang-undang yang zalim itu.

NONE Profesor Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, yang mengetuai Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam di bawah Majlis Profesor Negara, menekankan bahawa kerajaan perlu mengimbangi hak memelihara keselamatan negara dengan hak individu.

Katanya, undang-undang yang dicadangkan untuk menggantikan ISA perlu lebih fleksibel daripada Akta Patriot Amerika Syarikat dan Akta Anti-Keganasan di United Kingdom.

"Kami ingin lihat undang-undang berkaitan dengan keselamatan dalam negara dan ketenteraman awam yang tidak mengikuti undang-undang Amerika Syarikat atau United Kingdom yang sangat tegas berhubung penahanan seseorang individu.

"Undang-undang (baru itu) juga tidak sepatutnya mencontohi ISA," kata Nik Ahmad pada sidang akhbar hari ini.

Menurutnya, pemansuhan ISA seharusnya dianggap sebagai pendekatan baru dalam memastikan bahawa prinsip-prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) dan kebebasan asasi sentiasa menjadi landasan bagi setiap keputusan dan tindakan semua pihak termasuk kerajaan.

[Baca berita penuh]

ADS