Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS Negeri Sembilan membuat laporan polis terhadap Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhubung laporan dalam akhbar Sinar Harian hari ini bahawa NGO tersebut akan mengadakan protes jika timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berceramah di negeri itu.

Laporan polis itu dibuat oleh pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani di Ibu pejabat polis (IPD) Seremban pada jam 10.52 pagi tadi.

Dalam laporan polis tersebut, Mohamad Taufek mendakwa kenyataan Yang Dipertua PERKASA negeri itu, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah yang disiarkan oleh akhbar berkenaan, bersifat "ugutan dan bertentangan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara".

Mohd Sabu ceramah at Seremban Mohamad Taufek mendakwa tindakan PERKASA itu bertujuan "berusaha menghalang kehadiran kepimpinan PAS berceramah di negeri tersebut".

"Tindakan ini jelas tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

"Kami memohon pihak polis menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak kejadian keganasan berulang lagi sepertimana yang berlaku pada 24 September lalu," laporan polis itu dipetik.

Mohamad Taufek diiringi kira-kira 20 penyokong termasuk kepimpinan Dewan Harian PAS negeri itu.

Beliau yang juga ADUN Paroi turut menyertakan bersama dalam laporan polis tersebut, salinan keratan akhbar berkenaan dan laporan polis berhubung kekecohan di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) hujung minggu lalu.

Akhbar harian itu melaporkan Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah berkata beliau akan mengetuai protes terhadap Mohamad jika pemimpin parti itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

NONE Amaran itu dikeluarkan selepas tercetus kekecohan sewaktu ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban hujung minggu lalu yang menyebabkan dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli PERKASA ke pentas ceramah.

Mat Sabu mencetuskan kontroversi tersebut ekoran ucapannya pada 21 Ogos lalu yang didakwa memuji Mat Indera, seorang pemimpin yang mengetuai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950, sebagai pejuang kemerdekaan.

ADS