Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wanita MCA lulus resolusi desak tambah calon wanita
Diterbitkan:  Oct 1, 2011 11:06 PM
Dikemaskini: 3:08 PM

Perhimpunan agung Wanita MCA hari ini meluluskan resolusi menggesa kepimpinan parti itu menyenaraikan lebih ramai calon wanita dalam pilihan raya umum akan datang.

    

Ia adalah Perkara itu adalah antara enam resolusi yang diluluskan oleh pergerakan itu pada hari terakhir Mesyuarat Agung Wanita MCA kali ke-36 di Wisma MCA diibunegara hari ini.

    

Pergerakan itu juga menolak pelaksanaan hukum Hudud, dengan menggesa kerajaan mendukung hak asasi rakyatnya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    

Satu lagi resolusi meminta kerajaan mengumpul pandangan rakyat secara meluas sebelum melaksanakan dasar-dasar baru bagi memastikan ianya akan membawa manfaat kepada negara.

Perwakilan juga menyokong pemberian status penduduk tetap dan kewarganegaraan kepada pasangan bukan warga negara dan anak-anak mereka tanpa mengira gender dan kerakyataan.

Selain itu resolusi yang diterima pakai oleh pergerakan itu termasuk keperluan untuk kerajaan menyemak semula secara menyeluruh insiatif menggalakkan kepulangan tenaga pakar Malaysia dari luar negara supaya memperoleh hasil yang optimum.

    

Sayap MCA itu juga mahu kerajaan memastikan kaedah pemilihan dan pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dilaksanakan secara adil dan telus.

    

- Bernama

ADS