Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ahli parlimen Pakatan Rakyat menggesa MAS menjual kepentingan anak syarikatnya FireFly Sdn Bhd kepada pihak ketiga supaya wujud persaingan dan harga rendah dalam segmen penerbangan tambang murah.

NONE Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua ( kiri ) berkata syarikat penerbangan dikuasai MAS itu perlu dijual untuk mengelakkan ia membuat pakatan harga dengan satu lagi gergasi penerbangan tambang murah, AirAsia.

"Ia perlu dijual kepada pihak ketiga yang tidak ada kaitan langsung dengan syarikat tersebut," katanya, yang khuatir MAS akan menutup syarikat FireFly dan seterusnya memberi monopoli kepada pesaing dekatnya AirAsia.

Keadaan itu dibimbangi akan berlaku ekoran pengambilalihan saham yang berlaku di antara dua syarikat tersebut sebelum ini, katanya.

"Persaingan perlu dilindungi supaya Firefly tidak ditutup," katanya dalam satu sidang media di bangunan parlimen hari ini.

NONE "Kebimbangan kita, kepentingan rakyat tidak akan dilindungi apabila kedua-dua syarikat ini sudah jadi 'abang-adik'."

Tambahnya, beliau tidak menyalahkan syarikat berkenaan yang sememangnya perlu membuat keuntungan sebagai entiti perniagaan.

Tetapi kerajaan perlu memastikan supaya syarikat berkenaan tidak membentuk kartel dan membuat pakatan harga, tegasnya.

Kementerian Kewangan dalam satu jawapan di parlimen minggu lalu memberi alasan, kerajaan tiada pilihan selain membenarkan pengambilalihan saham di antara MAS dan AirAsia.

a kugan detention death funeral ummc to puchong 280109 kuala selangor mp dr dzulkefly ahmad Oleh itu, memandangkan keputusan itu tidak boleh dibatalkan, kerajaan perlu memastikan persaingan dalam pasaran penerbangan Malaysia dilindungi, katanya lagi.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang media sama berkata tindakan kerajaan yang membenarkan keadaan itu berlaku akan memberi gambaran salah kepada pelabur.

"Pelarian modal juga mungkin akan berlaku," katanya yang mahu FireFly dijual kepada "sekurang-kurang sebuah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan."

Syarikat AirAsia kini bernilai RM8.8 bilion, hampir sekali ganda nilai MAS pada RM4.5 bilion.

ADS