Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pendirian DAP berhubung hudud memang jelas. Malah kini dengan diapit oleh sikap PAS dan PKR yang “amat menghormati perbezaan pandangan politik” dalam isu ini DAP makin lantang menegaskan bahawa ia akan tetap menolak rancangan PAS mahu melaksanakan hudud.

cpi launch 260907 tunku abdul aziz Terbaharu, Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ( kanan ) mengingatkan semua ahli DAP yang beragama Islam bahawa mereka harus sedar dan insaf DAP tidak boleh menerima hukum hudud. Perkara ini memang jadi pendirian DAP sejak isu ini mula ditimbulkan, sebelum mereka bekerjasama dalam Pakatan Rakyat lagi.

“DAP tidak akan menyokong hudud. Secara peribadi saya juga tidak bersetuju dengan hukum ini,” tegas beliau dalam laporan The New Straits Times Selasa lalu.

Walaupun Tunku Aziz menegaskan DAP tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap ahlinya yang beragama Islam jika mereka menyokong hudud, beliau berkata hudud tidak akan dapat dilaksanakan jika tidak dipersetujui oleh setiap kerabat Pakatan Rakyat.

Maksudnya., selagi secara rasmi DAP tidak menyokong hudud tidak mungkin PAS yang menjadi anggota Pakatan Rakyat boleh melaksanakannya walaupun penghalang utama sekarang iaitu Perlembagaan Negara dipinda (jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya).

NONE Ini kenyataan. Soal pendirian DAP ialah sikap politik DAP. Meskipun boleh bersetuju dengan pendekatan atau stratregi politik bersama menumbangkan Umno-BN, DAP tetap tidak mahu berganjak pendiriannya berhubung hudud. DAP ada fobia terhadap hudud walaupun yang memperjuangkannya adalah rakan kongsi politiknya - PAS!

Sayugia diingat, hudud ialah termasuk intipati syariat Islam. Ia tidak boleh dikompromi. Ia tidak boleh menunggu hingga semua rakyat faham falsafah dan hukumnya, baru hendak dilaksanakan. Islam sudah sempurna dan umat hari ini tidak boleh bertangguh merealisasikannya.

Sanggup ceraikan Umno

Kaedah Allah memberi peluang umat  zaman Rasulullah SAW benar-benar  faham betapa buruknya kesan arak sebelum diturunkan wahyu mengharamkan arak tidak boleh dijadikan istinbath untuk menunggu hingga semua pihak mengerti isu hudud sebelum melaksanakannya.

NONE Dalam soal ini adalah jelas pendirian DAP ini lebih rapat kepada pemikiran politik MCA dan Gerakan yang juga tidak mahu hudud. Malah MCA bukan sahaja berusaha membuat semacam pungutan suara dalam bentuk petisyen menentang hudud, ia juga menggertak Umno ia sanggup menceraikan Umno sebagai jodoh dalam BN jika sokong hudud.

Demikian nasib umat Islam di negara ini. Kepentingan politik sering memperkotak-katikkan mereka. Untuk menjaga hati MCA dan ahli BN lain, presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pun membuat deklarasi  jelas tidak mahu laksanakan hudud.

azlan Di penjuru lain, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat cukup tegas dalam isu ini. Jika DAP tidak setuju dengan pelaksanaan hudud, ia bersilang pendirian dengan PAS; maka DAP boleh keluar dari Pakatan Rakyat.

Apa makna kemenangan politik jika ketetapan Allah diketepikan? Kini bagi Tunku Aziz seorang Muslim yang juga Naib Pengerusi DAP dan menjadi jurucakap DAP - tiada hudud bagi DAP!

Pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang pun sudah jelas. Hudud ialah antara dasar perjuangan PAS. Begitu juga pendirian ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung hudud. Beliau menyokong. Namun pada masa yang sama menjelaskan sokongan itu bersifat peribadi.

NONE Hadi berkata, PAS setuju kerjasama dengan DAP di segi pendekatan politik. Sebab itu, PAS bersetuju dengan dokumen perjuangan Buku Jingga. Namun sekali lagi, apa makna menang politik tapi kalah menegakkan hukum Allah?

PAS dan seluruh anggotanya, perlu memilih ajaran Allah sepenuhnya, atau mahu “tebuk’ mana-mana yang perlu untuk disesuaikan dengan masa.

PAS kini tercabar

Adakah tuntutan masa kini ialah, PAS mesti jalin kerjasama dengan DAP yang anti-hudud, untuk menang  pilihanraya dan akan menentukan sama ada akan berjihad menentang pendirian yang anti-hudud ini pula kemudian (juga bergantung pada tuntutan semasa) jika menang pilihanraya umum ke-13?

“Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya. Janganlah kamu menurut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” (Al Baqarah: 208).

Pemimpin dan penyokong PAS juga tentu sudah menemui ayat ini dan banyak lagi kalam Allah yang menuntut pemikiran jelas dalam menentukan tatakrama mereka dengan sahabat politik mereka.

NONE Yang tercabar kini sebenarnya adalah PAS. Sudah sejak sekian lama mereka berjuang untuk laksanakan hukum hudud. Namun banyak halangan. Yang terbesar ialah soal perlembagaan Negara. Sementara menanti  isu ini terlerai adakah PAS sudah berusaha melatih penguatkuasa peraturan hudud baik di jabatan agama mahu pun pasukan keselamatan seperti polis?

Jangan pula bila terbuka pintu hati Umno (demi memenangi hati orang Melayu Islam) untuk melaksanakan hudud, kerja-kerja asasi ini belum dibuat.

PAS juga tidak boleh menolak kemungkinan satu hari nanti oleh kerana kagum akan kesungguhan PAS dan tertarik dengan keindahan Islam seperti  kebanyakan orang bukan Islam faedah perbankan Islam, DAP juga mungkin insaf dan teruja untuk turut melaksanakan hudud.

Latihan dan penerangan harus berjalan terus.

azlan Sementara itu, PAS perlu juga menetapkan pendirian sama ada mahu terus bekerjasama dengan DAP yang anti-hudud atau berusaha bergerak sendirian seikhlas mungkin mempertajam wadah penerangannya mengenai ajaran Islam yang syumul.

Biar Tunku Aziz faham pendirian PAS yang jelas. Rakyat Muslim pula akan mudah menentukan sokongan mereka bila perlu menentukan siapakah yang mereka mahu memerintah di negara ini.


Ulasan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

 

ADS