Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahfuz: Pentadbiran awam lebih cekap tanpa politik
Diterbitkan:  Nov 7, 2011 1:14 PM
Dikemaskini: 7:16 AM

Segala kepincangan dalam perkhidmatan awam hari ini bukan kerana salah kakitangan awam tetapi adalah akibat salah pentadbiran dan pengurusan negara yang tidak cekap serta tidak bijak, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

NONE "Jika sesuatu urusan sepatutnya membabitkan keputusan di peringkat sektor awam sahaja, mestilah dipastikan tidak ada campur tangan politik sama sekali," katanya dipetik akhbar rasmi PAS, Harakahdaily hari ini.

Menurut Mahfuz, beliau yakin, pengurusan bijak dan berhemah tanpa campur tangan politik akan membantu mengatasi banyak masalah ketirisan dan kebocoran yang menjadi teguran Ketua Audit Negara setiap tahun.

"Banyak kakitangan awam yang mengadu bahawa kebocoran, ketirisan dan pembaziran serta amalan rasuah berpunca dari campur tangan ahli-ahli politik yang berkuasa.

"Amalan rasuah dan penganiayaan kakitangan awam seperti pendakwaan beberapa ketua setiausaha kementerian akibat kerja jahat ahli-ahli politik tidak akan berhenti selagi parti perasuah menjadi pemerintah.

azlan "Kakitangan awam sendiri mestilah memilih sama ada untuk terus menjadi mangsa seperti yang berlaku ke atas beberapa ketua setiausaha kementerian atau memilih era baru dengan usaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan undang-undang yang memastikan kerajaan dihalang dari menganiayai rakyat," katanya.

Optimumkan pulangan

Selain campurtangan politik, Mahfuz berkata setakat ini, tidak pernah terdapat laporan tentang usaha bagi mengaih-agihkan tenaga kerja secara bijaksana dan berkesan mengikut keperluan dan tuntutan untuk mengoptimumkan pulangan.

"Yang tidak henti-henti kita dengar ialah aduan-aduan awam yang berterusan tentang tindakan yang lambat, "red tape" yang berlebihan dan ada jabatan-jabatan tertentu yang seolah-olah sudah menjadi dinosaur yang besar tetapi lambat bergerak sedangkan pada masa yang sama ada jabatan-jabatan yang agak kritikal dari segi tenaga kerja," katanya.

civil servants 200404 Justeru, kata pemimpin kanan PAS itu lagi, perkhidmatan awam sebenarnya boleh mempelajari dari sektor korporat dan swasta mengenai kaedah-kaedah mengoptimumkan pulangan dari jumlah pekerja yang ada.

Harakahdaily juga memetik Mahfuz yang menafikan dakwaan dan laporan media arus perdana bahawa Pakatan Rakyat bercadang mengurangkan kakitangan awam yang berjumlah lebih sejuta orang buat masa ini.

Sebaliknya, gabungan itu, menurut beliau, menekankan kepada perlaksanaan pengurusan bijak dan berkesan bagi mengoptimumkan pulangan dari kakitangan awam sekarang.

"Jika pulangan tidak optimum demi kesejahteraan rakyat, adalah tidak bermakna dan sia-sia jumlah kakitangan awam yang banyak.

NONE "Begitu juga, apa makna dan sia-sia sahaja dikurangkan jumlah kakitangan awam jika pulangan tidak optimum demi kesejahteraan rakyat," katanya.

Sejak kebelakangan ini, media-media arus perdana milik BN dan Umno menjadikan setiausaha publisiti DAP, Tony Pua ( kiri ) sebagai sasaran kerana dilaporkan berkata bagi mengurangkan bajet negara, Pakatan akan menamatkan perkhidmatan kakitangan awam yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China.

'Melayu lebih sedikit'

Malah, akhbar Utusan Malaysia memilih menjadikan kenyataan itu sebagai isu perkauman dan terus membidas pemimpin Pakatan.

“Mereka (DAP) memang ada agenda tersembunyi menerusi hasrat tersebut dan bukanlah semata-mata mahu mengurangkan perbelanjaan kerajaan seperti didakwa.

NONE “Mereka ini memang tidak boleh tengok orang Melayu lebih sedikit dalam sesuatu. Kita (Melayu) memang ramai dalam sektor awam, jadi mereka cuba untuk mengurangkan penguasaan kita dalam sektor tersebut,” ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin ( kanan ) dipetik sebagai berkata kepada akhbar milik Umno itu, hari ini.

Utusan Malaysia

juga menyiarkan kenyataan bekas ketua Pemuda PKR yang berpaling tadah, Ezam Mohd. Noor yang berkata, DAP bersikap rasis dan menanam kebencian terhadap orang Melayu dan asas negara.

“Cuma semangat rasis dan kebencian itu hanya muncul sekarang setelah DAP yakin mereka boleh peralat dan tunggang pemimpin Melayu yang terdesak seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup gadai maruah bangsa dengan didokong sekelompok pro Anwar yang rakus kuasa di dalam PAS.

budget2004 civil servants ‘‘Ini membuatkan DAP semakin berani terjemah semangat rasisnya dengan kenyataan terbaru berhubung kakitangan awam itu,’’ katanya dipetik akhbar berkenaan.

Malaysia mempunyai lebih sejuta kakitangan awam atau kira-kira 4 peratus daripada jumlah penduduk negara yang dianggap antara tertinggi di dunia.

ADS