Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengharaman Seksualiti Merdeka: Negara dibidas
Diterbitkan:  Nov 9, 2011 12:34 PM
Dikemaskini: 4:42 AM

Kumpulan pemantau hak asasi manusia antarabangsa mahu polis membatalkan pengharaman yang dikuatkuasakan ke atas majlis anjuran Seksualiti Merdeka buat kali keempat.

Sehubungan itu, kumpulan Human Rights Watch yang berpangkalan di New York dalam sepucuk surat kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak mahu perdana menteri Malaysia mengambil langkah-langkah melindungi semua rakyat daripada sebarang bentuk diskriminasi.

azlan Menurut kumpulan itu, pihak berkuasa telah gagal memberikan apa-apa dalil bagi mewajarkan pengharaman itu.

Seksualiti Merdeka telah diadakan di negara ini sejak tahun 2008 tanpa sebarang kejadian atau gangguan daripada pihak berkuasa. Tahun ini acara yang sama dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur mulai hari ini hingga Ahad.

Antara program yang dimuatkan itu, termasuk ceramah, bengkel, acara-acara sastera, pementasan teater dan pameran seni yang memberi tumpuan pada "hak asasi rakyat pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina."

Pihak polis pada 3 November lalu mengharamkan semua aktiviti anjuran Seksualiti Merdeka, atas alasan bahawa ia akan mendatangkan "ancaman kepada ketenteraman awam".

Bagi pengarah advokasi lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) di Human Rights Watch, Boris Dittrich, pengharaman Seksualiti Merdeka terang-terangan bercanggah dengan konsep 1Malaysia Najib untuk menggalakkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum di Malaysia.

NONE Dalam suratnya itu, Dittrich berkata diskriminasi dan agenda homophobic berterusan dalam kerajaan.

"Perdana Menteri perlu segera membalikkan segala keputusan yang tidak berasas ini bagi  mengurangkan kemudaratan ke atas Malaysia."

Menurut penganjur Seksualiti Merdeka, mereka sedih dan terkilan bahawa ramai orang, termasuk wakil rakyat di negara ini, memilih untuk terus menganiaya, mencaci, bersangka buruk dan mendiskriminasi semua orang yang telah mewujudkan ruang yang aman untuk berkongsi maklumat dan berdialog tentang hak asasi manusia .

Human Rights Watch berkata kerajaan seharusnya menjalankan siasatan penuh berhubung ancaman dan ugutan yang dikeluarkan terhadap kumpulan itu dan menghukum mereka yang bertanggungjawab.

[Baca berita penuh]

ADS