Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis hari ini merakam kenyataan pengerusi Majlis Peguam, Lim Chee Wee mengenai peranan majlis itu sebagai salah satu penganjur program Seksualiti Merdeka yang telah diharamkan.

NONE Lim ditemani jawatankuasa majlis tersebut serta peguamnya sepanjang sesi 25 minit itu.

Kenyataannya dirakam oleh seseorang pegawai yang dikenali sebagai 'Supt Munusamy', mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Lim memberi kenyataan itu di balai polis Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina.

Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008.

Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan.

[Baca berita penuh]

ADS