Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ULASAN Berikutan kekalahan BN pada satu pilihan raya umum lalu, akibat pengundi Cina menarik balik sokongan mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri ketika itu pernah bertanya dengan berang: "Apa yang orang Cina benar-benar mahu?"

traditional chinese wedding Sejak sekian lama, orang Cina sentiasa digambarkan sebagai sesuatu bangsa yang sukar diramalkan, khususnya oleh masyarakat di Barat. Di Malaysia, masyarakat Cina dilihat kurang meluahkan perasaan secara terbuka dan lazimnya, cenderung menyimpan sesuatu pandangan kepada diri sendiri.

Justeru, soalan misteri 'apa yang orang Cina mahu' kekal relevan, lebih-lebih lagi, sejurus sebelum pilihan raya umum.

Dalam pilihan raya umum lalu, negara menyaksikan peralihan besar undi masyarakat Cina yang memihak kepada pembangkang iaitu PKR, DAP dan juga PAS.

Hari ini, semua tanda-tanda menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat masih menikmati sokongan yang signifikan dari orang-orang Cina.

NONE Memandangkan keadaan semasa dan keseimbangan kuasa yang terbahagi di kalangan orang Melayu, orang-orang Cina berada dalam kedudukan yang ganjil.

Namun bagi mereka, kedudukan unik itu akan dikekalkan supaya mereka dapat terus menjadi ‘orang Cina’.

Bagi mereka identiti etnik, hak-hak budaya mereka, dan keunikan bahasa adalah penting untuk terus dipelihara, dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum.

Justeru, mereka akan menggunakan kedudukan mereka dalam keseimbangan politik bagi memastikan survival budaya Cina yang berterusan.

NONE Tetapi bagaimanapun, kebanyakan orang Cina di Malaysia bukan cauvinis atau pelampau. Mereka agak bersedia untuk mempelajari bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa lain yang biasa digunakan di negara ini.

Aspirasi mereka adalah untuk menjadi sebahagian daripada penduduk berbilang kaum di neagar ini dengan menerima atau menggabungkan elemen-elemen dari semua budaya. Mereka juga berusaha bersungguh-sungguh ke arah integrasi nasional dalam semua bidang.

[Baca berita penuh]

 


Ulasan ini adalah pendapat peribadi penulis/penyumbang dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi sidang pengarang Malaysiakini.

Sim Kwang Yang pernah menjadi ahli parlimen Bandar Kuching, Sarawak dari 1982 hingga  1995. Beliau boleh dihubungi di [email protected]. Semua komen adalah dialu-alukan.

ADS