Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Projek lembu: Shaziman, Zulhasnan nafi terbabit
Diterbitkan:  Nov 17, 2011 11:31 AM
Dikemaskini: 3:41 AM

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Mansor menafikan beliau pernah meminta atau menerima sumbangan lembu bernilai RM5,281 daripada Pusat Fidlot Nasional (PFN) pada 2009 seperti yang didakwa oleh pembangkang, semalam.

shaziman abu mansor Bagaimanapun Berita Harian hari ini memetik Shaziman mengucapkan terima kasih kepada PFN jika benar ia pernah menderma lembu kepada orang miskin di kawasan parlimennya.

 

“Mungkin ia disampaikan tanpa pengetahuan saya atau saya terlepas pandang, oleh itu saya ucapkan terima kasih,” katanya kepada akhbar milik Umno itu.

Shaziman yang juga ahli parlimen Tampin juga dilaporkan berkata beliau akan meminta penjelasan lanjut berhubung perkara itu daripada setiausaha Umno Bahagian Tampin sebaik beliau kembali dari menunaikan haji.

“Saya mahu tahu sama ada cawangan di bahagian saya (Umno Tampin) ada menerima sumbangan derma lembu daripada PFN.

“Saya tidak pernah menerima sebarang lembu daripada mereka (PFN) dan saya juga tidak pernah meminta lembu daripada mereka,” katanya.

NONE Semalam, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa skandal projek ternakan lembu itu kini merebak dan turut membabitkan beberapa pemimpin Umno lain.

Antaranya, beliau mendakwa lembu-lembu bernilai RM5,281 disumbangkan kepada Shaziman manakala RM2,640 kepada ADUN yang hanya dikenali sebagai 'YB Yunus'.

Selain Shaziman dan Yunus, Saifuddin juga mendakwa lembu-lembu bernilai RM70,000 dijual secara kredit kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique .

Berita Harian juga melaporkan Zulhasnan yang juga ahli parlimen Setiawangsa, menjelaskan beliau tidak menerima sumbangan lembu daripada PFN tetapi membelinya dengan membayar RM70,000.

zulhasnan rafique ft minister pc 260308 03 Beliau menolak dakwaan yang mengatakan pembelian lembu itu secara kredit kerana pembayaran dibuat seminggu selepas semua lembu itu dihantar sempena ibadat korban pada Aidiladha 2008 di Parlimen Setiawangsa.

“Memang saya ada beli tetapi bukan secara kredit seperti yang didakwa sebaliknya pembayaran dibuat secara tunai selepas lembu diterima. Tujuan pembelian itu untuk korban dan semua daging diagihkan kepada penduduk Setiawangsa,” katanya dipetik akhbar itu.

ADS