Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ISA: PAS dakwa ahli Umno sengaja nak malukan PM
Diterbitkan:  Nov 20, 2011 1:07 PM
Dikemaskini: 5:12 AM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein didakwa sengaja bertindak untuk memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan penahanan 13 orang di bawah ISA di Sabah sejak Isnin lalu.

NONE Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, penahanan itu tidak sewajarnya berlaku setelah perdana menteri sendiri mengumumkan pemansuhan ISA.

"Namun penahanan 13 orang di bawah ISA di Sabah itu pasti menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak. Ia seperti menggambarkan keadaan tertentu yang berlaku di kalangan pemimpin BN," katanya dipetik Harakahdaily.

Menurut Salahuddin, berikutan tangkapan itu, orang ramai tertanya-tanya sama ada pihak polis yang melapor kepada kementerian yang diterajui oleh Hishamuddin sengaja melakukan tindakan itu untuk memalukan Najib?

"Tindakan tersebut tidak akan berlaku jika tidak terdapat motif besar dari Datuk Seri Hishamuddin untuk menjatuhkan Perdana Menteri?

"Pada hal setelah pengumuman itu dibuat oleh perdana menteri sendiri, penahanan seseorang di bawah ISA sepatutnya sudah tidak berlaku lagi di negara ini,"" katanya kepada akhbar rasmi PAS itu.

Salahuddin berkata, andaian itu mempunyai asas yang kuat sehingga memperlihatkan perdana menteri hanyalah berseorangan dalam usaha untuk memansuhkan akta tersebut.

najib special address malaysia day 150911 Najib pada 16 September lalu, sempena Hari Malaysia, mengumukan pemansuhan akta zalim yang dilaksanakan di negara ini sejak sekian lama sejajar dengan perkembangan masa.

Bagaimanapun, Jumaat lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, akta itu masih  digunakan untuk menangkap 13 orang yang didakwa anggota kumpulan militan itu dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara.

Ismail juga mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.

ADS