Badan masyarakat sivil, yang sebahagianya menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 Julai lalu, berikrar untuk melancarkan kempen menentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011.
Dikenali sebagai Kempen 'Kebebasan Kebebasan Berhimpun' atau KKB. ia bermula dengan demonstrasi kecil di hadapan Parlimen hari ini.
Bagaimanapun, kumpulan itu dijangka menarik sokongan yang lebih
besar apabila ia mengadakan kempen di KLCC pada jam 2 petang Sabtu ini.
"A
nda tidak perlu membawa apa-apa pelekat atau kain rentang. Mari kita tunjukkan kepada polis bagaimana kita boleh berdemonstrasi pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan persediaan yang paling mudah - kita hanya akan pakai kuning.
"Jika anda mahu beri mesej yang lebih jelas, bawa bendera Malaysia. Bendera itu mewakili kebebasan kita," kata penyelaras kempen tersebut, Wong Chin Huat (atas, berbaju kuning).
