Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mencabar Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan berhubung kontroversi projek lembu fidlot yang diusahakan keluarga menteri itu.

Dalam ucapan dasarnya di Kongres Nasional Wanita PKR kelapan di Johor Bahru hari ini, Zuraida berkata, Shahrizat perlu berbuat demikian untuk menjaga maruah sebagai seorang wanita.

NONE Zuraida mengulas mengenai budaya hormat wanita yang dianjurkannya sebagai budaya politik baru untuk memartabatkan negara.

Manakala ketika bercakap dalam sidang akhbar selepas itu, Zuraida berkata:

"Kita mengangkat budaya hormat wanita, maka wanita harus hormat kepada dirinya dulu, bermula dengan Datuk Shahrizat."

Zuraida turut mengulas cadangan yang diberikan dalam ucapannya sebelum itu supaya peranan untuk memantau dasar berhubung wanita diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Saya memandang prestasi kementerian pembangunan wanita dan keluarga untuk memantau titik tumpu (dasar) wanita di semua kementerian telah gagal.

"Sebab itu dalam laporan indeks gender global kita jauh ketinggalan kerana tidak ada pemantauan dan susulan di kementerian.

"Jadi perlu diletakkan di Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan kesemua kementerian untuk memastikan dasar wanita (dijalankan)," katanya lagi.

ADS