Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Roboh pondok bas, penduduk lapor pada SPRM
Diterbitkan:  Dec 8, 2011 1:05 PM
Dikemaskini: 7:24 AM

Penduduk Sungai Kantan Kajang yang merasa kecewa dengan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) merobohkan lima pondok bas di kawasan mereka meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat mengenai tindakan tersebut.

Wakil penduduk berkenaan, Mohd Azhar Khalid bersama Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA Loh Chew June mahu SPRM menyiasat kerana alasan diberi merobohkan pondok tersebut tidak munasabah.

    

Mohd Azhar berkata pihaknya tidak faham alasan diberi kononnya semua pondok itu sudah uzur, tambahan pula apa yang dikesalkan sangat pondok-pondok tersebut mempunyai lambang 1Malaysia.

    

"Tindakan itu mempunyai motif tertentu, sengaja untuk menimbulkan provokasi dan perbuatan menyalahgunakan kuasa. Penduduk tidak diberi notis sebelum kerja meroboh dijalankan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selain itu, katanya, satu daripada pondok yang dirobohkan baru sahaja setahun dibina dan masih berkeadaan baik serta mempunyai kemudahan solar.

    

Beliau berkata tindakan PBT itu merugikan wang rakyat kerana setiap pondok dibina dengan harga RM30,000 untuk kegunaan pejalan kaki, warga emas, pelajar sekolah dan penunggang motosikal berteduh jika hujan.

    

Mohd Azhar berkata pihaknya telahpun menyerahkan satu laporan perkara tersebut kepada SPRM.

    

- Bernama

ADS