Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM akan panggil siapa saja terlibat dalam kes NFC
Diterbitkan:  Dec 23, 2011 4:12 PM
Dikemaskini: 9:55 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil semua individu yang mempunyai kaitan berhubung kes dana National Feedlot Corporation (NFC) dan pembelian sebuah kondominium mewah di ibu negara.

    

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata sesiapa sahaja yang terlibat termasuk ahli pengurusan kanan syarikat terbabit akan dipanggil oleh pihak SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit.

    

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian program 'KL Principle Code of Ethics for the SMEs' di Kuala Lumpur hari ini.

    

Katanya setakat ini hanya satu tangkapan dibuat oleh pihak polis semalam dengan menahan reman seorang ahli perniagaan yang bergelar 'Datuk' dan kes ini telah diserahkan kepada SPRM.

    

"Tangkapan ini dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan kes NFC namun kita masih meneliti keseluruhan skop siasatan sama ada mempunyai kaitan dengannya dan penyiasatan akan dibuat setulus dan secara profesional mungkin," katanya.

- Bernama

ADS