Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dakwat kekal: Pindaan peraturan siap Februari
Diterbitkan:  Dec 29, 2011 2:21 PM
Dikemaskini: 7:06 AM

Jawatankuasa terpilih untuk menambahbaik pilihan raya (PSC) hari ini mengumumkan, pindaan ke atas peraturan pilihan raya untuk mewajibkan penggunaan dakwat kekal akan disiapkan menjelang 1 Februari.

Pengumuman itu dibuat dalam satu mesyuarat jawatankuasa tersebut di bangunan parlimen hari ini, yang turut menyaksikan demonstrasi penggunaan dakwat kekal berkenaan.

indelible ink psc 291211 Demonstrasi berkenaan dijalankan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya kepada anggota jawatankuasa berkenaan.

Dakwat berwarna gelap itu ditunjukkan oleh salah seorang anggota jawatankuasa berkenaan, Anthony Loke melalui satu rakaman foto beliau yang dimuatkan di laman Twitter .

Foto berkenaan menunjukkan dakwat yang telah disapukan di jari telunjuk kiri ahli parlimen Rasah itu.

Individu yang enggan berbuat demikian tidak akan dibenarkan mengundi.

Dakwat yang akan kekal selama sekurang-kurangnya 48 jam itu merupakan salah satu daripada cadangan kepada PSC untuk mengelakkan undian berganda.

Menurut sumber PSC, sampel dakwat berknaan telahpun dihantar untuk ujian Jabatan Kimia Malaysia dan keputusannya telah diserahkan kepada Majilis Fatwa Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan.

[Baca berita penuh]

ADS