Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NFC elak kontroversi, serang PKR
Diterbitkan:  Feb 8, 2012 8:30 PM
Dikemaskini: 1:47 PM

National Feedlot Corporation (NFC), yang hari ini berdepan dengan dakwaan baru berhubung satu lagi pembelian kontroversi dua kondominium di Singapura, mengelak menjawab pendedahan tersebut, tetapi sebaliknya memilih untuk menggesa PKR supaya memberi tumpuan kepada masalahnya sendiri, iaitu Selangor.

NONE Ketua Pegawai Eksekutif NFC, Wan Shahinur Izmir Mohd Salleh (kiri) berkata Rafizi Ramli, selaku ketua pegawai eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, perlu menumpukan perhatian kepada isu-isu di bawah bidangkuasanya di negeri ini.

Khususnya, dakwa Wan Shahinur, berlaku rasuah, sindiket perlombongan pasir dan pembunuhan pembocor maklumat Patrick Wong yang menurutnya, seperti yang dinyatakan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin dalam satu temubual.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, ia adalah tiga daripada banyak isu kepentingan awam yang memberi kesan kepada kerajaan negeri Selangor yang sepatutnya menjadi tumpuan utama Rafizi, berbanding dengan isu-isu di sektor swasta yang tidak berada di bawah bidangkuasanya.

Beliau mendakwa, seperti yang dakwaan Raja Petra hari ini dalam blog Malaysia Today , bahawa dia mempunyai bukti rasuah di Selangor, perlombongan pasir sindiket dan pembunuhan Wong.

[Baca berita penuh]

ADS