Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Kematian Patrick Wong diklasifikasi sebagai bunuh
Diterbitkan:  Feb 9, 2012 9:33 PM
Dikemaskini: 1:38 PM

Polis hari ini menjelaskan kematian bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) Datuk Patrick Wong pada 2009 telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh sejak awal lagi.

    

bakri zinin police cid chief p balasubramaniam pc 100708 04 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Persekutuan Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata demikian sebagai merujuk kepada

artikel bertajuk "Episode 2: The Murder of a Whistleblower" yang disiarkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin dalam portal berita online Malaysia Today.

    

"Polis menyangkal andaian bahawa kami memutuskan bahawa kematian Datuk Patrick Wong adalah akibat jatuh," kata Mohd Bakri dalam kenyataan hari ini.

    

"Dari awal lagi, kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen   302 Kanun Keseksaan. Kes masih belum ditutup dan penyiasatan masih diteruskan," tegasnya.

    

Mohd Bakri merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu agar tampil dan membantu siasatan polis.

    

Dalam artikel itu, Raja Petra membangkitkan persoalan berhubung kematian Wong, mendakwa ahli pernigaaan itu telah mengumpulkan maklumat mengenai skandal

perlombongan pasir di Selangor sejak beberapa tahun sebelum kematiannya.

    

Raja Petra mendakwa Wong mati di tangan pembunuh upahan dan bukannya akibat rompakan. Bernama

[Baca berita lanjut]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS