Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rakyat bergantung kepada wartawan bagi berita tepat
Diterbitkan:  Feb 10, 2012 8:16 AM
Dikemaskini: 12:58 AM

Meskipun kemunculan komunikasi digital seperti portal berita Internet dan media sosial, orang awam masih bergantung kepada wartawan untuk memperolehi berita yang tepat, kata presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

NONE "Media massa harus menjadi rakan kongsi untuk membina bangsa bersama kerajaan. Jika ekonomi baik, industri akan mendapat faedahnya kerana ia boleh memperolehi hasil yang banyak menerusi pengiklanan.

"Saya memahami cabaran yang dihadapi bertugas sebagai seorang wartawan. Saya fikir cabaran paling sukar adalah untuk memilih antara meningkatkan edaran atau memenuhi keperluan pembaca," katanya pada majlis Malam Media MCA di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, semalam.

Dr Chua berkata walaupun berita mungkin tidak sensasi seperti media alternatif, kebanyakan laman web di Malaysia hampir semua dikuasai oleh portal yang dikendalikan oleh organisasi berita.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS