Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1Care: Mereka mampu perlu bayar bagi pihak keluarga

Kementerian Kesihatan diberi amaran bahawa Malaysia akan menghadapi risiko terjerumus seperti Amerika Syarikat yang terpaksa menanggung kos penjagaan kesihatan yang tertinggi di dunia jika sistem berkenaan tidak distruktur semula.

NONE Sambil menekankan keperluan mengadakan skim insurans penjagaan kesihatan kebangsaan, timbalan pengarah unit pembiayaan kesihatan kebangsaan, kemnenterian berkenaan Dr Rozita Halina Hussein ( kiri ), berkata rakyat Malaysia banyak berbelanja pada kemudahan kesihatan swasta dan bukannya yang disediakan oleh kerajaan sejak merdeka lagi.

"Orang ramai telahpun membayar bagi insurans kesihatan swasta. Apa yang kami cadangkan ialah bergerak ke arah sistem pra-bayar berkelompok di mana ia adalah jelas bahawa kita tidak mampu membayar untuk penjagaan kesihatan berseorangan.

"Golongan miskin, warga tua dan juga muda adalah golongan yang paling memerlukan penjagaan kesihatan. Fokusnya adalah untuk menyalurkan dana awam bagi membantu kumpulan-kumpulan itu. Mereka yang mampu harus membayar bagi pihak keluarga mereka.

"Apabila usia semakin meningkat, kita tidak lagi mampu - walaupun dengan dana persaraan, pencen atau simpanan untuk membiayai penjagaan kesihatan ... di Amerika Syarikat mereka mempunyai sistem akaun simpanan tetapi ia gagal kerana rakyat tidak mampu menyimpan secukupnya ... perlu ada tabungan yang cukup besar, "kata Rozita.

Sambil menyokong rasional di sebalik '1Care for 1Malaysia' pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam, Rozita berkata insurans kesihatan swasta telah berkembang kira-kira 7 peratus setahun.

"Jika kita tidak menguruskanya dengan betul kita sedang menuju ke arah sistem Amerika Syarikat... itulah sebabnya kita perlu mencari cara yang lebih baik bagi memperbaiki penjagaan kesihatan ... daripada bimbang sama ada ia (menelan) 15 peratus atau 17 peratus daripada KDNK dengan 30 hingga 40 juta orang yang tidak dilindungi.

"Ini menyebabkan berjuta-juta penduduk di negara ini tidak diinsuranskan dan menjadi bankrap," katanya.

[Baca berita penuh]

[Kertas cadangan Kementerian Kesihatan]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS