DAP hari ini mencadangkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) dibentuk untuk mengkaji skim penjagaan kesihatan untuk 1Malaysia diteliti sebelum kerajaan mencapai keputusan muktamad melaksanakannya.
“Parlimen, ‘pemegang saham’ dan 12 juta pekerja di Malaysia harus dirunding sepenuhnya dalam keadaan yang teramat telus sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Kementerian Kesihatan dan kerajaan bertanggungjawab secara moral untuk memberitahu butir-butir terhadap cadangan-cadangan yang amat serius ini,” kata ahli parlimen DAP Bukit Bendera Liew Chin Tong ( kiri ) dalam satu kenyataan hari ini.
Tegasnya, pembentukan PSC itu adalah satu-satunya cara untuk memastikan bahawa rakyat tidak dibiarkan menanggung beban untuk "keuntungan swasta" di bawah skim berkenaan yang dibidas pelbagai pihak.
Liew memetik laporan oleh portal The Malaysian Insider yang memetik sumber sebagai mendakwa perancangan skim kesihatan 1Care sudah hampir siap dan bukan berada di peringkat awal seperti mana yang dikatakan oleh Kementerian Kesihatan.
Semalam, timbalan pengarah unit pembiayaan kesihatan kebangsaan, kemnenterian kesihatan Dr Rozita Halina Hussein (
kiri
), mengumumkan kemungkinan penyertaan mandatori atau wajib bagi semua rakyat Malaysia bagi memastikan semua rakyat diberi liputan yang sama rata.
Justeru, Liew mencadangkan supaya PSC dibentuk untuk menanangi pelbagai cadangan dan juga isu-isu asas dalam sistem kesihatan Malaysia.
“Skim tersebut merupakan percubaan pertama selepas beberapa dekad untuk satu pemotongan pendapatan perkerja sejak pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 1951 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso atau Socso) pada 1969,” katanya.
Menurut beliau lagi, sebelum skim itu diteruskan, dua isu struktur harus ditangani terlebih dahulu.
Pertama, meski pun sejak penswastaan dan penyumberan luar pada 1990, banyak komponen sistem kesihatan awam seperti pembersihan hospital, pengurusan bahan buangan klinikal dan farmasi telah disalurkan ke luar kepada pencari keuntungan swasta yang menyebabkan pembesaran kos kesihatan awam. Mana-mana skim baru harus memastikan bahawa pekerja Malaysia tidak harus membayar untuk penyalahgunaan dan pembaziran.
Kedua, kebanyakan hospital swasta di Malaysia ini dimiliki oleh GLC seperti Petronas yang memiliki hospital paling mahal dalam negara Prince Court dan Sime Darby dengan Pusat Perubatan Sime Darby.
Katanya, sementara kemudahan kerajaan menjadi mangsa kekurangan sumber dan bakat, hospital yang dimiliki oleh GLC yang sepatutnya menjadi penjaga kekayaan dan aset awam menjadi pesaing mereka.
