Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu Israel: Anwar jumpa Nik Aziz dalam masa terdekat

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu sendiri dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mendesak ketua umum PKR itu supaya menarik balik atau menyaman akhbar Wall Street Journal (WSJ) berhubung isu keselamatan Israel.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ( gambar bawah, tengah ) berkata Anwar akan bertemu Nik Aziz dalam masa terdekat selepas dijadualkan kembali dari Thailand hari ini.

NONE "Kita telah meneliti kenyataan Majlis Ulama PAS Pusat, dan kita menghormati pandangan yang diberikan.

"Datuk Seri Anwar sendiri akan bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz sekembalinya dari lawatan ke luar negara," katanya ketika ditemui pemberita di Balai Polis Kepong dekat ibu negara.

Katanya, Anwar yang juga ketua pembangkang akan berbincang dan memberi penjelasan berhubung perkara itu dan beliau yakin ianya dapat diselesaikan secara muafakat demi kepentingan rakyat Palestin.

Azmin yang juga ahli parlimen Gombak menyifatkan ianya bukan satu isu, tetapi mendakwa "satu fitnah yang ditaja oleh Umno dan BN".

NONE Kelmarin, Nik Aziz ( kanan ) mahu Anwar menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan WSJ baru-baru ini ataupun menyaman media itu jika laporan berkenaan tidak benar.

Menteri besar Kelantan itu juga membuat gesaan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel.

Menteri besar Kelantan itu dilaporkan berkata, pendirian PAS tegas dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa.

Sebaliknya, tambah Nik Aziz, PAS menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

ADS