Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar: Teguran Nik Aziz sopan, berhemah
Diterbitkan:  Feb 16, 2012 1:13 PM
Dikemaskini: 5:20 AM

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan teguran yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu Palestin-Israel, lebih sopan dan berhemah.

NONE “Teguran Nik Aziz sangat berbeza malah sopan dan kita kena faham, beliau kata kalau betul cakap tarik balik tetapi kalau tak benar saman sahaja.

“Ia berbeza dengan Umno-Barisan Nasional yang telah lempar fitnah serta menipu, kenapa mereka memadamkan kenyataan saya mengenai Palestin,” katanya.

Menurut Anwar, menteri besar Kelantan itu hanya meminta penjelasan beliau supaya isu itu dapat dijelaskan dan bukan memutar-belitkan kenyataannya seperti yang dilakukan pemimpin  Umno-BN.

Katanya, media Umno juga tidak menyiarkan sepenuhnya kenyataan beliau berhubung dengan Palestin tetapi hanya mengambil bahagian tertentu sahaja.

"Mereka sejak dulu lagi asyik fitnah, kenapa mereka tidak siarkan pertemuan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dengan Perdana Menteri Israel.

NONE "Malah terdapat lagi menteri-menteri yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Israel tetapi semua ini tidak disiarkan," katanya selepas sambutan Maulidur Rasul dan bicara tokoh anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Subang Jaya, pagi ini.

Anwar, sebelum ini pada wawancaranya dengan WSJ dilaporkan berkata beliau menyokong usaha menjaga keselamatan Israel. Pada masa yang sama, pada wawancara itu, Anwar turut menegaskan bahawa kepentingan sah rakyat Palestin juga mesti dilindungi.

Kenyataannya itu mengundang rasa tidak senang pelbagai pihak termasuk Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel dan mahu Anwar menarik balik kenyataannya itu ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar.

Anwar juga dilaporkan akan bertemu Nik Aziz dalam masa terdekat bagi membincangkan isu yang berbangkit itu.

ADS