Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KPF batal mesyuarat agung perwakilan khas esok
Diterbitkan:  Feb 21, 2012 3:10 PM
Dikemaskini: 7:14 AM

Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) telah membatalkan mesyuarat agung  perwakilan khasnya yang dijadualkan esok setelah Mahkamah Tinggi Kuantan melarangnya daripada membincangkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings di Bursa Malaysia.

azlan Seramai 1,200 perwakilan KPF sepatutnya mengundi cadangan penjualan 51 peratus kepentingan dalam Felda Holdings Bhd dan di 10 subsidiari yang membabitkan FGVH pada mesyuarat berkenaan, esok.

Sekiranya, cadangan itu diluluskan, KPF akan memindahkan aset perniagaannya kepada FGVH.

Sebagai balasan, KPF akan diberikan hak eksklusif untuk menjadi pemegang saham sebanyak 37 peratus dalam FGHV apabila ia disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada bulan Mei ini.

Bagaimanapun, lima ahli KPF ahli pada 17 Februari lalu telah memohon untuk mendapatkan perintah injunksi itu dari Mahkamah Tinggi Kuantan. Dokumen perintah mahkamah itu disampaikan kepada KPF semalam.

NONE Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkata beliau bersyukur bahawa lembaga KPF menghormati keputusan mahkamah.

"Berita ini sangat menggembirakan kita kerana ANAK telah berjaya menghalang EGM membincangkan penyenaraian FGVH dan ini kejayaan awal bagi menghalang usaha penyenaraian FGVH," kata beliau yang dipetik Harakahdaily hari ini.

[Baca berita penuh]

ADS