Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan polis dakwaan kenyataan perkauman LGE
Diterbitkan:  Feb 22, 2012 2:58 PM
Dikemaskini: 7:09 AM

MCA hari ini membuat satu laporan polis berhubung kenyataan yang didakwa bersifat perkauman yang diucapkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa berdebat dengan Presiden MCA, Chua Soi Lek Sabtu lepas.

NONE Timbalan pengerusi biro perkhidmatan aduan awam MCA

Selangor, Allan Liew Sin Kim (kanan), membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu, dengan diiringi oleh lima pengadu di balai polis Kajang.

Menurut laporan polis tersebut, Liew berkata Lim telah mengucapkan 'PAS tidak pernah membunuh walau seorang pun orang Cina' semasa sesi penggulungan debat yang disiarkan secara langsung.

Liew berkata masyarakat Cina tidak memahami maksud sebenar kenyataan tersebut dan merasa bimbang dan takut kerana mendakwa Lim memainkan isu perkauman.

NONE Oleh itu, beliau mahu pihak polis menyiasat Lim sama ada beliau

telah melanggar "mana-mana undang-undang berhubung isu perkauman".

Bercakap kepada media selepas membuat laporan itu, Liew berkata beliau mahu pihak polis menyiasat sama ada Lim menghasut sentimen perkauman melalui kenyataan beliau itu.

Liew mendakwa beliau telah menerima lebih 10 aduan daripada masyarakat Cina dalam tempoh tiga hari lalu, semuanya membantah kenyataan Lim itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS