Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketika pemimpin PKR berhimpun di Kuantan untuk temurapat atau permukiman parti itu, hujung minggu lalu di Kuantan, pejabatnya di Wangsa Maju dipecah masuk.

NONE Mendedahkan perkara itu, hari ini, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata kejadian disedari pagi ini apabila mereka mendapati pintu pejabat telah diumpil dan terbuka.

"Dua komputer, kamera, beberapa dokumen dan wang tunai RM750 dicuri," katanya.

Menurut Nurul Izzah, rumah penyelaras PKR Parlimen Wangsa Maju Tan Kee Kwong juga cuba dipecah-masuk tetapi gagal.

Beberapa pemimpin PKR tempatan telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan, pagi ini.

Adalah dipercayai kejadian yang disedari pagi ini berlaku di antara Jumaat lalu dan pagi tadi, ketika pemimpin PKR bermesyuarat di Kuantan bagi persiapan pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Nurul Izzah berkata demikian pada sidang akhbarnya bagi menceritakan kejadian malam semalam apabila beliau dan Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berceramah di Felda Lepar Hilir I, Gambang, Pahang.

"Semua ini kelihatan seolah-olah sesuatu yang dirancang, (cubaan serangan) ini tidak boleh dipisahkan daripada kejadian pecah masuk di pejabat Wangsa Maju dan rumah Tan," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS