Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSIH 1.0: Mat Sabu, Tian Chua diperintah bela diri

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan memerintahkan 17 orang, termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua untuk membela diri.

Hakim Datuk Ghazali Cha mendapati terdapat kes prima facie terhadap mereka berhubung penyertaan mereka dalam perhimpunan BERSIH pada 2007.

bersih protest 150208 Hakim juga memerintahkan supaya tertuduh membela diri di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

Beliau berpendapat bukti video adalah satu cara yang baik untuk

menyokong testimoni lisan, yang diberikan oleh pihak polis.

Para saksi, tegasnya,  tidak mereka cerita dalam memberikan keterangan dan hakim perbicaraan tidak mengambil kira bahawa para peserta mempunyai pengetahuan yang mereka menyertai perhimpunan haram.

Katanya, para peserta memakai kemeja-T kuning dan merah dan pengenalan yang positif terhadap mereka telah dibuat oleh pihak berkuasa di mana perhimpunan tersebut telah menyebabkan keresahan dan gangguan lalulintas.

bersih rally 101107 fru water cannon masjid jamek Oleh itu, mahkamah berpendapat pihak pendakwa telah membuktikan

kes prima facie terhadap mereka dan mereka diperintahkan untuk membela diri.

Tujuh belas orang itu dituduh menyertai perhimpunan tersebut pada bulan November 2007 tetapi salah seorang daripada mereka, Mohd Asri Ahmad, telah meninggal dunia tahun lepas.

Di kandang tertuduh ialah Mohd Salim Yeslam, 27, Ahmad Razali Abd Rahman, 55, Razali Abdul, 39, Muhd ​​Harith Shahabudin Fatillah, 29, Saleh Mohamad Tahir, 52, Azahar Yusop, 48, Ahmad Sulaiman, 62, Taib Abdullah, 38, Mohd Abi Salam Ariffin, 30, Ishak Othman, 38, dan Mohd Zad Abdullah, 44.

Dua yang lain adalah juvana dari Kedah.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS