Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan penganjur program Seksualiti Merdeka untuk membuat semakan kehakiman ke atas keputusan polis yang menghentikan program tersebut.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Rohana Yusuf di dalam kamar memandangkan mahkamah telah membenarkan bantahan yang dibuat oleh Pejabat Peguam Negara yang mewakili polis dan kerajaan.

Rohana memutuskan bahawa polis berkuasa untuk menghentikan acara tersebut November lalu demi menjamin keselamatan negara kerana sebanyak 28 laporan polis telah dibuat oleh kumpulan penganut agama Islam, Kristian dan juga Buddha.

"Jelas sekali di bawah peruntukan ini polis diberi kuasa berbuat apa yang mereka lakukan.

"Ia jelas dinyatakan dalam laporan (media) bahawa siasatan polis terhadap perkara ini masih berjalan menurut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 27A Akta Polis.

"Proses siasatan tidak boleh dipinda oleh semakan kehakiman kerana ia bukan keputusan dalam erti kata itu. Jika semua siasatan polis mudah diberikan semakan kehakiman, maka seluruh jentera polis akan datang terhenti, dan ia akan menjejaskan keselamatan negara," katanya.

Penganjur Seksualiti Merdeka – yang telah tiga kali mengadakan program tahun tersebut tanpa sebarang masalah – menyatakan bahawa mereka akan merayu keputusan berkenaan.

Acara itu sepatutnya dijalankan daripada 9 hingga 13 November tahun lalu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS