Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata "tidak wajar dibangkitkan" isu kesediaan parti itu melantik pemimpin dari kalangan bukan Melayu dan bukan Islam ke jawatan kanan dalam parti itu ketika pilihan raya umum semakin hampir.

Bahkan Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, PAS juga tidak pernah membincangkan perkara tersebut seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu wacana di Shah Alam baru-baru ini.

NONE Sehubungan itu, Mahfuz berpendapat kenyataan rakannya yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat itu sebagai "pandangan peribadi" dan "tidak boleh disamakan" dengan apa yang berlaku seperti Ikhwan Muslimin di Mesir.

"Saya katakan pendapat sebegitu, (kerana ia) boleh menimbulkan kegelisahan orang Melayu dan Islam kepada PAS sendiri.

"Dan keyakinan mereka sendiri terhadap kemampuan dan keupayaan PAS untuk menjaga orang Melayu dan Islam itu, mungkin juga akan terjejas," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini .

Mahfuz yang juga yang dipertua PAS Pokok Sena mengulas kenyataan Dr Dzulkefly yang dilapor berkata PAS bersedia melantik pemimpin dari kalangan bukan Melayu dan bukan Islam ke jawatan kanan di parti berkenaan.

'Ikhwan dan PAS berbeza'

Perkara itu ditimbulkan oleh moderator wacana itu Dr Maszlee Malik yang bertanya sekiranya PAS sedia bertindak seperti Ikhwan Muslimin dan Justice Party di Mesir yang melantik seorang pemikir Kristian sebagai naib presiden.

NONE Dalam sidang media kemudiannya, Dr Dzulkefly ( kiri ) menjelaskan ketetapan seperti itu boleh diubah mengikut tuntutan masa dan buat masa ini mungkin belum sampai masanya untuk PAS berbuat demikian serta perlu dibincangkan dalam muktamar jika dibangkitkan.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga yang dipertua PAS Pokok Sena menganggap PAS dan Ikhwan Muslimin di Mesir "tidak mempunyai persamaan".

"Ikhwan (Muslimin) badan induknya, (dan ada) sebagai parti politik, ianya satu yang berbeza. Di sini PAS itulah induknya, dia juga parti politik. Jadi tidak ada persamaan," katanya.

Sementara itu, Dr Dzul dalam blognya semalam turut membuat penjelasan berhubung kenyataannya dalam wacana yang bertajuk "Mengapa Undi Melayu Pecah" baru-baru ini.

ADS