Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS akui kemelut di Kedah bantutkan jentera Pakatan

PAS mengakui kemelut politik di Kedah berikutan beberapa pemimpin termasuk exco yang tidak berpuas hati dengan cara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mentadbir negeri itu  "sedikit sebanyak kesan" terhadap fokus jentera parti dan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

NONE Bahkan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, pergeseran berkenaan juga mengganggu kerancakan gerak kerja jentera dan 'membantutkan' usaha Pakatan Rakyat memandangkan pilihan raya umum akan berlangsung dalam masa yang terdekat.

"Ia sedikit sebanyak memberi kesan dan merencatkan kerancakan gerak kerja (jentera) pilihan raya (yang) menyebabkan semua peringkat dalam parti semua hilang fokus pilihan raya, kepada membincangkan kemelut yang berlaku.

"Bila gangguan itu berlaku kepada jentera pilihan raya, maka sudah tentu masyarakat juga akan terkesan. Sebab jentera fokus dan sentuhan mereka (untuk) menguasai masyarakat.

"Tapi jentera hari ini sendiri pun berada dalam keadaan tidak dapat memberi tumpuan kepada sasarannya (iaitu) pengundi. Maka sudah tentu semua akan 'jam' (terbantut). Ini merugikan PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.

Bercakap pada wawancara dengan Malaysiakini , Mahfuz berharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan segera supaya fokus jentera gabungan itu dapat dikembalikan bagi menghadapi pilihan raya umum kelak.

Khamis lalu, Jawatankuasa PAS Pusat mengadakan mesyuarat khas dan memutuskan untuk bertemu kepimpinan PAS Kedah termasuk Azizan yang juga pesuruhjaya negeri, timbalannya Datuk Phahrolrazi Zawawi dan ADUN Alor Mengkudu Dr Ismail Salleh bagi menyelesaikan kemelut itu.

Dilaporkan kepimpinan PAS Pusat akan bertemu di Alor Setar malam ini untuk menyelesaikan masalah yang berlarutan itu.

NONE Phahrolrazi ( kiri ) dan Dr Ismail dilapor enggan mengangkat sumpah semula sebagai exco kerana mendakwa tidak berpuas hati dengan pentadbiran Azizan. Ekoran itu, hanya lapan exco sahaja yang mengangkat sumpah memegang semula jawatan itu baru-baru ini.

Mengulas kemelut yang berlarutan itu, Mahfuz yang juga yang dipertua PAS Pokok Sena optimis masalah itu dapat diselesaikan walaupun mendakwa "tidak begitu tahu dan tercari-cari" apa punca sebenarnya disebabkan beliau “berada di luar kerajaan negeri”.

Katanya, adalah menjadi hasrat Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri, mahu mengekalkan semua sepuluh exconya tetapi Phahrolrazi dan Dr Salleh enggan menyertainya.

Mahfuz juga menolak tanggapan ketegasan Azizan dalam Akta Universiti dan Kolej Univerisiti (AUKU) atau akta yang mirip dengannya terhadap pelajar Kolej Univerisiti Insaniah (KUIN) menjadi punca permasalahan di negeri itu.

"Kami tidak duduk dalam kerajaan, sebab itu kami mencadangkan (untuk) mengadakan satu pertemuan, untuk mendengar penjelasan kedua-dua pihak. Jadi saya harap pertemuan itu nanti, dapat merungkai permasalahan yang menimbulkan rasa tidak puas hati dan sebagainya," katanya.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 02 Ditanya mengenai dakwaan sesetengah ahli bahawa Azizan ( kanan ) seorang pemimpin tua yang degil dan sukar didisplinkan, Mahfuz berkata manusia harus ada sentuhan seni memahami tabiat, keperibadian dan cara bergaul mengenai seseorang pemimpin.

"Jadi jika orang dapat memahami dari segi seni ini, saya percaya tidak timbul perkara-perkara itu. Sebab itu, kadang-kadang manusia tidak boleh diprovok.

"Kalau ada provok, dia akan menunjukkan satu sikap yang kadang-kadang kita tengok macam sukar untuk didisplinkan. Dia mempertahankan sesuatu yang dia buat," katanya sambil menjelaskan bahawa kenyataannya itu tidak merujuk kepada Azizan.

ADS