Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDN tak puas hati penjelasan akhbar The Star
Diterbitkan:  Mar 7, 2012 6:04 PM
Dikemaskini: 1:10 PM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak berpuas hati dengan penjelasan The Star berhubung penyiaran gambar seorang artis luar negara dengan tubuhnya bertatu kalimah Allah pada sisipan 27 Februari 2012.

Oleh itu, ia menuntut akhbar tersebut mengemukakan cadangan tindakan lebih tegas kepada KDN bagi memastikan kesilapan sama tidak berulang dan dapat dijadikan pengajaran pada masa hadapan.

"Susulan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) ingin menegaskan supaya The Star dan pihak media seluruhnya mengambil tindakan lebih preventive, corrective dan informative bagi mengelakkan paparan kandungan menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini," kata Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam dalam satu kenyataan hari ini.

NONE Sebelum ini, harian berbahasa Inggeris itu memohon maaf kepada umat Islam kerana menyiarkan gambar artis Amerika Syarikat Erykah Badu yang memperlihatkan tatu kalimah Allah tertera di dadanya.

"Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada umat Islam atas kesilapan ini," kata permohonan maaf yang disiarkan dalam lamanwebnya.

Tatu dalam bahasa Arab itu disiarkan dalam seksyen "Star2" di samping rencana satu muka penuh berhubung penghibur yang digelar "Ratu Neo-Soul" sempena konsertnya di Kuala Lumpur pada Rabu depan.

Selain dua tatu kalimah Allah, simbol lain pada dada dan lengannya yang terdedah juga memperlihatkan huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid.

Akhbar web PAS Harakahdaily , dengan memetik pandangan seorang pembacanya, telah mempersoalkan tindakan akhbar itu yang "seolah-olah menghina Islam".

Lidah rasmi parti Islam itu juga mempersoalkan kehadiran penyanyi 41 tahun itu mengadakan konsert di negara ini dan pihak berkuasa patut memantaunya.

ADS