Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azizan sangkal JK Pemandu usaha sekat kuasa MB
Diterbitkan:  Mar 10, 2012 2:38 PM
Dikemaskini: 6:41 AM

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyangkal dakwaan konon penubuhan Jawatankuasa Pemandu adalah antara usaha mengehadkan kuasa Menteri Besar.

Sebaliknya, Kedah tertakluk pada Undang-Undang Tubuh Negeri, walaupun Jawatankuasa Pemandu diwujudkan PAS Pusat bagi memantau perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri, lapor Sinar Harian hari ini.

NONE Azizan berkata, berdasarkan perlembagaan negeri itu, kuasa Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tidak terjejas kerana ia adalah kuasa eksekutif tertinggi dalam pentadbiran.

“Mana-mana negeri ikut perlembagaan negeri. Jawatan­kuasa Pemandu sekadar bagi pandangan tak kan pula tidak boleh bagi nasihat.

"Memang perkara seperti itu tiada dalam perlembagaan Kedah, tetapi orang bagi nasihat, kita dengarlah,” katanya.

Menurut Azizan lagi, beliau sendiri pun belum dapat maklumat terperinci mengenai jawatankuasa itu.

"Macam mana nak komen, lebih baik tunggu ia diwujudkan dahulu, barulah tahu peranan dan ke mana perlu dirujuk,” katanya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sebelum ini berkata, Pas Pusat akan membincangkan mekanisme penubuhan Jawatankuasa Pemandu dalam mesyuarat bulanan parti itu, Isnin depan.

ADS