Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah menarik perhatian media Singapura.

Akhbar harian Singapura, The Straits Times , Khamis lalu, menyenaraikan semua empat syarikat yang dimiliki anggota keluarga Shahrizat di republik itu yang melibatkan perniagaan restoran, makanan dan bahan api, pegangan pelaburan dan perniagaan pasaraya.

NONE Antaranya ialah sebuah syarikat pegangan pelaburan, Icube

Investments Pte Ltd, dengan modal berbayar sebanyak S$1 juta (RM2.4 juta).

Menurut profil syarikat tersebut yang diperolehi daripada Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Akaun dan Korporat  Singapura (ACRA), pengarah dan pemegang saham ialah suami Shahrizat - Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Shahinur Izran.

Tiga syarikat lain telahpun didedahkan oleh pembangkang sebelum ini - Global Biofuture Pte Ltd, Meatworks (Singapore) Pte Ltd and Farmhouse Supermarkets Pte Ltd.

Selain Salleh dan Izran, anak perempuan Shahrizat - Wan Izzana Fatimah Zabedah dan seorang lagi anak lelakinya, Wan Shahinur Izmir - juga merupakan pengarah syarikat-syarikat tersebut.

Pembangkang telah menimbulkan syak bahawa pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan kepada NFC untuk membangunkan projek pusat fidlot negara, telah dipindahkan secara haram kepada syarikat-syarikat lain di bawah nama peribadi mereka.

Modal berbayar bagi semua keempat-empat syarikat di Singapura itu ialah S$3.65 juta, atau RM8.85 juta.

Menurut akhbar tersebut, semua syarikat berkenaan berkongsi alamat yang sama di Clifford Centre di Raffles Place. Bagaimanapun, ia adalah alamat berdaftar dan pejabat firma guaman, Wong Alliance.

[Baca berita penuh]

ADS