Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dompok nafi Bumburing keluar Upko
Diterbitkan:  Mar 18, 2012 9:02 PM
Dikemaskini: 1:05 PM

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Tan Sri Bernard Dompok, menyifatkan khabar angin bahawa timbalannya, Datuk Wilfred Bumburing, sudah keluar dari parti itu hanya spekulasi semata-mata yang direka untuk mengelirukan rakyat menjelang pilihan raya umum.

NONE "Beliau adalah kawan saya dan ahli parti serta timbalan saya. Saya baru sahaja bercakap dengannya dan beliau menyuarakan perkara seperti itu sedang disebarkan dan ia tidak benar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan projek baik pulih rumah penduduk di kamung Putaton, dekat Penampang, hari ini.

Dompok diminta mengulas spekulasi yang timbul sejak dua minggu lalu bahawa Bumburing yang mendesak Kerajaan Pusat menyelesaikan masalah pendatang haram di Sabah, sudah keluar dari parti itu selepas menyertai sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Ditanya sama ada Upko sudah mengemukakan nama senarai calon pilihan raya umum kepada Ketua Menteri atau Perdana Menteri, Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, berkata parti itu belum berbuat demikian.

sabah illegal immigrant "Kami sudah mengemukakan kepada Barisan Nasional (BN) kawasan yang perlu kami bertanding dan itu sahaja setakat ini.

"Masa belum tiba untuk mengemukakan nama tetapi ia bukan perkara yang sukar. Saya fikir BN mahu setiap parti komponen mengemukakan bukan sahaja satu nama tetapi mungkin tiga nama untuk setiap kawasan dan kami boleh mengemukakan empat atau lima nama calon," katanya.

 - Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS