Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Isu kontroversi 'seks Islam' yang pada mulanya dibangkitkan Kelab Taat Suami terus dikupas di saluran televisyen dalam talian TVRSA milik Al-Arqam, yang terus mempromosi agenda tersebut.

NONE Menggunakan slogan 'saluran roh suci dan seks suci Islam', saluran yang mula beroperasi pada Ogos tahun lalu antaranya cuba memaparkan infomasi mengenai "kehebatan dan keindahan seks Islam".

Dalam kandungan video yang disiarkan, TVRSA antaranya menggelarkannya Nabi Muhammad yang memiliki 11 orang isteri sebagai "bapa seks suci" yang memperjuangkan seks Islam sebagai cara hidup berkeluarga.

"Seks Islam yang indah itu ditaja oleh 3 tokoh seks suci - Abuya Asaari At Tamimi - mewakili Muhammad dan Imam Mahdi yang ghaib itu," dialog dalam video dokumentari berjudul "Teater seks suci Islam - kembalikan seks Islam kepada dunia" itu dipetik.

NONE "(Seramai) 200 lebih cucu daripada 38 orang anak bersama 4 orang isteri, hebat sungguh sumbangannya pada seks Islam. Keluarga moden, bukti realiti, seks yang diperjuangkan Islam, hebat hasilnya. Sedangkan seks Barat itu kurus kering jadinya (jika) dibanding dengan seks Islam."

Bagaimanapun, TVRSA bukan semata-mata membincangkan isu itu sahaja kerana turut memuatkan video kategori lain, termasuk berita, dialog, dokumentari, drama dan pendidikan.

Saluran itu menjadi perhatian apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom kelmarin mengarahkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memantaunya.

NONE Beliau berkata, TVRSA perlu diberi perhatian serius kerana bimbang ajaran sesat Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan kumpulan berkenaan berkembang semula.

Tinjauan Malaysiakini mendapati saluran itu masih aktif dengan video terbaru mereka dimuat turun semalam.

ADS