Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siasatan PAC terhadap NFC tertumpu pada pinjaman
Diterbitkan:  Mar 21, 2012 5:39 PM
Dikemaskini: 9:42 AM

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan meneruskan pendengaran siasatan berhubung National Feedlot Corporation (NFC) dengan hanya menyentuh perkara berkaitan dengan pinjaman kepada syarikat itu.

pac meeting on rmaf engine missing 200110 azmi khalid Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata perkara yang berkaitan dengan  pendakwaan di mahkamah tidak akan disentuh.

"Kita siasat mengenai pinjaman saja...sebab kita bercakap pasal dana kerajaan (umpamanya) bagaimana ia diberi dan kerana wang itu diluluskan oleh Parlimen. Maka PAC bertanggungjawab melihat di mana berlakunya kesilapan," katanya kepada pemberita di Parlimen bagi menjelaskan status siasatan jawatankuasa itu terhadap NFC apabila pihak pengurusan syarikat itu mengambil pendirian untuk tidak memberi keterangan dengan alasan kes itu sudah dibawa ke mahkamah.

Azmi berkata bahawa dalam menjalankan siasatannya, PAC mengambil kira pandangan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia agar isu berkaitan kes mahkamah tidak disentuh.

Pada 12 Mac lalu, Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan pecah amanah melibatkan RM49.7 juta serta dua lagi pertuduhan menyalahi Akta Syarikat.

Azmi berkata PAC akan meneliti dokumen yang akan diterima daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum memanggil pihak-pihak yang terlibat untuk sesi pendengaran siasatan seterusnya.

NONE Isu NFC mendapat perhatian setelah Laporan Ketua Audit Negara pada Oktober lalu menyatakan projek itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya.     

Terdapat dakwaan berlaku penyalahgunaan pinjaman RM250 juta yang disalurkan untuk projek itu.

- Bernama

ADS