Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengurangan separuh bayaran tol untuk Lebuhraya Cheras-Kajang membabitkan bayaran pampasan RM120.55 juta oleh kerajaan dan lanjutan 15 tahun tempoh perjanjian konsesi.

NONE Ini didedahkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor

(kanan) di Parlimen semalam ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching.

Menteri itu juga berkata syarikat konsesi Grand Saga Sdn Bhd telah bersetuju untuk tidak menaikkan bayaran tol bagi tempoh tiga tahun yang akan datang. Berikutan itu, Grand Saga akan dibenarkan mengutip tol sehingga tahun 2045.

Sebagai tambahan kepada pemotongan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengumumkan pemansuhan kutipan tol di dua pondok tol di sepanjang lebuh raya itu pada 1 Mac lalu.

teo nie ching and nurul lodge report mcmc over anwar obscene mms 260312 04 Ketika ditemui kemudiannya, Teo berkata lanjutan tempoh perjanjian konsesi itu tidak boleh dijustifikasikan kerana Grand Saga telah memperolehi keuntungan lumayan daripada kutipan tol sejak 1999.

Katanya, sementara lebuh raya dibina pada kos RM282 juta - dan kos penyelenggaraan sehingga 2010 adalah RM147.31 juta - ia adalah satu jumlah yang remeh berbanding dengan lebih RM870 juta kutipan tol dan pampasan kerajaan setakat ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS