Dong Zong -- yang kenyataan berhubung kekurangan guru di sekolah jenis kebangsaan Cina disifatkan "pembohongan besar" oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin -- hari ini menunjukkan statistik bagi menyokong hujahnya bahawa sekolah Cina Tamil dipinggirkan kerajaan untuk beberapa tahun.

"Menteri pelajaran menjalankan dasar satu bahawa, mengakibatkan peminggiran sekolah Cina dan Tamil, ini fakta yang tidak boleh ditolak," kata kumpulan hak pendidikan Cina dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, masyarakat Cina terpaksa mencari dana untuk mendokong pembangunan sekolah Cina, walaupun hanya mampu membayar gaji guru sementara dan perbelanjaan pentadbiran.

"Masalah kekurangan guru di sekolah Cina sudah berlaku sejak 40 tahun lalu, ini fakta yang kukuh," kata kenyataan itu.

Dong Zong berkata, sekolah Cina hanya diperuntukkan 7.2 peratus dan 3.6 peratus daripada keseluruhan dana bawah Rancangan Malaysia ke-8 dan ke-9.

Timbalan perdana menteri semalam dilaporkan berlaku, soal kekurangan guru di sekolah Cina yang ditimbulkan oleh Dong Zong menerusi perhimpunan di Kajang atas dasar sudah 20 tahun sekolah-sekolah Cina diabaikan dan guru tidak disediakan adalah pembohongan besar.

Beliau berkata para guru yang hadir pada programnya di Shah Alam semalam memang mengetahui masalah kekurangan guru bukan sahaja membelenggu sekolah Cina malah sekolah kebangsaan terutamanya guru-guru Bahasa Inggeris.

Katanya, bukan kementerian membiarkan masalah kekurangan guru berterusan tetapi untukmengisi kekosongan jawatan guru yang bersara mengambil masa.

Muhyiddin berkata, memandangkan ramai wanita menjadi guru, setiap tahun kira-kira 20,000 guru bersalin dan tempat mereka ini juga perlu diisi.

[Baca berita penuh]